Of feminism

Gerakan Islam masih tidak berani terjun ke dalam isu kewanitaan. Pula, bila ada yang membangkitkan isu kewanitaan, Gerakan Islam jadi tak senang duduk lalu berubah menjadi retorik. Paling biasa kita dengar, Islam itu lah yang datang memberikan kebebasan dan kemuliaan pada wanita berbanding di zaman Jahiliah.

Benar.

Cuma yang kita tak sedar, kebebasan dan kemuliaan wanita Islam ini telah merosot setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, kembali seperti zaman Jahiliah. Satu lagi sifat buruk kita, suka melatah. Walhasil, kita berpusing-pusing di isu poligami, kahwin paksa, penceraian dan hak sepencarian. Sedangkan, isu-isu ini adalah yang menolak mudarat, bukan yang membina manfaat.

Di Tanah Melayu, Syed Shaykh al Hady ialah jagoan pertama isu-isu kewanitaan, sejak awal 1990an. Tulisannya melalui Hikayat Faridah Hanum menongkah arus persepsi dan pemikiran masyarakat Melayu terhadap wanita ketika itu.

Kini, Islam memang tiada masalah dengan wanita, tetapi Muslim ada. Saya menanti Faridah Hanum mana yang akan berjuang untuk feminism, dalam kerangka Islam yang proaktif bukan reaktif.

One thought on “Of feminism

  1. rasanya ada silap *sikit* kat “1990an” tu kan?

    emansipasi wanita dalam karya Syed Syeikh al-Hady berkisar pada peluang dan social mobility, bagaimanapun, beliau turut menyarankan agar wanita masih akur pada sesetengah tradisi dalam adab, misalnya.

    tapi tidakkah anda rasa ianya kini sudah berubah?

    peluang kini bukan lagi masalah untuk wanita di Malaysia.feminists di Africa misalnya, masih lagi di kerangka “opportunity of self-mobility”.

    in the end, Malaysia, being in between poor community and advanced societies, is trapped between demand for materialistic equality of gains and the need to embrace and be confident about their gender?

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s