Kenangan

“Ukhuwwah membina kenangan,

Kenangan membina ukhuwwah”

(Rashdan Saad, Manchester)

1.

Hidup ini sentiasa perlu diteruskan…

Cerita-cerita hari ni, biar saya simpan..

Saya simpan dalam kotak hati saya…

Untuk saya teruskan perjalanan panjang ini…

Sama seperti…

Saya simpan cerita-cerita hari dulu…

2.

Sejak dua minggu ini…

Saya jadi rindu…

Rindu pada kawan-kawan lama…

Rindu pada cerita-cerita lama…

Rindu pada masa-masa lama…

Bukan buat apa sangat pun…

Tapi, perasaan itu yang saya rindukan…

Perbuatan itu yang saya rindukan…

Bersih, suci…

Ikhlas.

3.

Dulu, saya ingat lagi…

Kita selalu jugak gaduh-gaduh…

Tapi, hati kita suci…

Sekejap sahaja dah baik balik…

Sebab kita sayang bukan buat-buat…

Sebab kita memang membesar dari tadika sama-sama…

Sebab kita telus

4.

Dulu, saya ingat lagi…

Kita selalu jugak gelak-gelak…

Bukan sebab ada kelakar apa sangat pon…

Tapi, air muka gembira kamu tu…

Yang buat saya turut ketawa…

Seronok, kamu tak buat-buat…

Sebab kamu teman saya

5.

Bola, apa kamu tahu tentang itu?

Bukan kenangannya pada bermain bola…

Tetapi pada masa-masa kita membesar…

Seputar objek bulat tidak bernyawa itu…

6.

Dakwah, apa kamu tahu tentang itu?

Bukan kenangannya pada usrah dan program…

Tetapi pada air mata dan membesar dengan cakaran ahlinya…

Seputar amal dakwah itu…

7.

Berprestasi Dalam Redha Allah, apa kamu tahu tentang itu?

Bukan kenangannya pada kata-kata tersebut…

Tetapi pada masa-masa kita mendewasa…

Seputar kata-kata itu…

8.

Kedai Mamak, apa kamu tentang itu?

Bukan kenangannya pada restoran dan keluar lewat malam…

Tetapi pada masa-masa kita santai bertukar idea…

Di kedai mamak itu…

9.

Banyak lagi…

Seperti kamu, saya juga…

Saya juga ada cerita-cerita saya…

Yang saya simpan dalam kotak hati saya…

10.

Maaf, saya bukan jenis yang suka sedih…

Sedih dengan masa-masa gelap saya…

Waktu dulu2…

Sebab, ramai kawan-kawan saya itu yang terlalu jauh dari jalan ini…

Cuma, mereka yang banyak ajar saya…

Bekalkan saya…

Dengan marah-marah mereka…

Dengan gelak tawa mereka…

Dengan senyuman mereka…

Dengan perlian mereka…

Untuk saya faham kenapa orang lain faham macam tu…

Untuk saya fikir santai dan mudah…

Untuk saya bertatih dalam jalan Dakwah ini…

11.

Tapi…

Hidup ini sentiasa perlu diteruskan…

Selamat tinggal kenangan.

Selamat datang masa hadapan.

Saya Ammar bin Roslizar.

Maaf shir, aku lindung kau.

One thought on “Kenangan

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s