Terang & Suci

<ISHAB.RISALAH DAKWAH KITA>

Kita ingin jelaskan OBJEKTIF kita kepada seluruh manusia. Kita mahu bentangkan PENDEKATAN kita di hadapan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan DAKWAH kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini TANPA BERSELINDUNG DAN BERLAPIK. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari.

Kita juga mahu manusia memahami bahawa dakwah kita adalah DAKWAH YANG SUCI. Kesucian dakwah ini menyebabkan kita MENOLAK SEGALA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, kita KETEPIKAN SEGALA KEUNTUNGAN DUNIA, kita KETEPIKAN SEGALA KEINGINAN DAN KEHENDAK KITA. Kita melangkah menurut LANGKAH YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH TAALA untuk para pendakwah :

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

“Katakanlah : Ini jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru kepada Allah dengan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan Maha Suci Allah, dan aku bukan dari golongan musyrikin” (12 : 108)

Kita TIDAK AKAN MEMINTA APA-APA GANJARAN DARI MANUSIA. Kita tidak akan menuntut sebarang WANG ATAU GANJARAN. Kita tidak akan meminta KEDUDUKAN. Kita tidak akan meminta mereka MEMBALAS ATAU BERTERIMA KASIH kepada kita. Ganjaran bagi segala usaha kita ini TERSERAH KEPADA TUHAN yang mencipta kita.

<HOMEWORK>

1.

Objektif : Apa objektif kita?

Pendekatan : Apa pendekatan kita?

Dakwah : Sudah kepada semua?

Tanpa berselindung dan berlapik : Apa maksud sebenar ini? Apa yang tidak diselindungkan itu?

2.

Dakwah yang suci : Adakah kita anasir yang mensucikan dakwah atau mengotorkan dakwah?

Menolak segala kepentingan diri sendiri : Masih ada sifat self-centric? Kalau sudah buang, benarkah ia hasil dari kesucian?

Ketepikan segala keuntungan dunia : Sudah benar-benar bebaskah kita dari anasir-anasir dunia?

Ketepikan segala keinginan dan kehendak kita : Sudah atau belum “keinginan kita adalah apa yang dakwah inginkan”?

Langkah yang Allah tetapkan : Sudah benarkah langkah-langkah kita ini? Mana dalilnya? Atau, sekadar ciplak dari buku-buku atau murabbi-murabbi?

3.

Tidak akan meminta apa-apa ganjaran dari manusia : Sudah ikhlaskah kita?

Wang atau ganjaran : Sanggup hilang segalanya untuk dakwah?

Kedudukan : Sanggupkah tiada pangkat kalau itu keperluan dakwah?

Membalas atau berterima kasih : Terasa ke kalau orang tak cakap terima kasih?

Terserah kepada Tuhan : Benarkah? Rindukan syurga tak?

<MUHASABAH>

One thought on “Terang & Suci

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s