The Root

Beberapa hari lalu, saya sempat berborak dan bertukar pandangan dengan beberapa orang ikhwah, Alhamdulillah. Seorang al-akh ini menyatakan kegusaran hatinya melihat keadaan umat Islam tidak bersatu.

Dan, ini berlaku antara jamaah.

Perasaan beliau mengingatkan saya pada perasaan Hasan al-Banna. Ketika al-Banna menggagaskan sebuah jamaah Ikhwanul Muslimin, mindset Hasan al-Banna ialah Kesatuan. Dan, hari ini jamaah menjadi punca tidak bersatu.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau. Cuma, saya menambah bahawa kita perlu diagnos masalah ini dengan penuh teliti. Takut-takut kita tersilap meneliti punca penyakit, walhasil tersilap memberi ubat. Pertama, fahami isu jamaah seperti mana kita fahami isu mazhab fekah. Kedua, umat Islam tidak pernah berpecah kerana berbeza pandangan, tetapi berpecah kerana penyakit hati. Beginilah Syeikh Yusuf al-Qaradawi mengajarkan saya.

Lalu, saya berkongsi perasaan saya dengan beliau. Saya risau orang yang join jamaah tidak bersatu, tetapi saya lebih risau kalau orang yang nak bersatu tidak join jamaah.

Jadi, kepelbagaiaan jamaah bukanlah punca untuk tidak bersatu.

Cukuplah pesanan Allah ini : jaga-jaga dengan baghyan bainahum!

Dan mereka [ahli kitab] tidak berpecah belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka lalu ada kedengkian antara mereka. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya [untuk menangguhkan azab] sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab [Taurat dan Injil] sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang kitab itu. (42:14)

3 thoughts on “The Root

  1. kalau ada org kata jamaah punca tidak bersatu, nanti ada org pula sbb dakwah kita x bersatu…abis tu, nak tinggalkan dakwah?

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s