Aqliatul Bina’

Paling tidak, azamkan dahulu untuk ada Aqliatul Bina’ :

1) Didik diri dengan akhlak-akhlak dan etika-etika

2) Latih supaya tunduk kepada keputusan syura walaupun bercanggah dengan pendapatnya sendiri

3) Ajar bagaimana mengambil pelajaran daripada kritikan dan menukarnya kepada cadangan yang membina

4) Jelaskan perbezaan di antara pemikiran yang membina dan pemikiran yang meruntuhkan. Kerana, betapa mudahnya meruntuhkan dan sukarnya membina

5) Ajarkan bagaimana untuk memajukan yang sedia ada dan membina yang tidak ada. Kerana, betapa mudahnya merobohkan yang sedia ada dan sukarnya membina yang tiada.

6) Latih supaya boleh berbincang dengan bijak serta membentangkan pendapat dan berhujah.

7) Tajdid niat.

Demi masa hadapan,

Menerima Maratib Amal bererti memerlukan kepada Aqliatul Bina’ (mentaliti pembinaan) sebelum perlunya kepada langkah-langkah khusus untuk memproseskan pembinaan tersebut. Sesungguhnya, titik mula yang sihat untuk segala sesuatu ialah lahirnya rijal-rijal yang mampu untuk sampai kepada Aqliatul Bina’. Bila dah ada mentaliti itu, baru boleh bayangkan dalam pemikiran hasil yang akan terjadi. Kemudian, dilahirkan dengan perbuatan seterusnya diperkemaskan.

Aqliatul Bina’ bermaksud kita memandang segala-galanya dengan kaca mata “pembinaan”. Ia bukan hanya pada membina individu muslim, tetapi juga pada baitul muslim, mujtama’ muslim, hukumah islam dan seterusnya.

Saya menulis ini bukan untuk meraikan Aqliatul Bina’ sedia ada, tetapi untuk menambah baik Aqliatul Bina’ kita. Kita mudah melihat individu muslim dalam konteks Aqliatul Bina’, tetapi bagaimana dengan baitul muslim? mujtama’ muslim? Ustaziatul Alam?

Aqliatul Bina’ menghalang kita untuk sekadar berfikir bahawa cukuplah dua orang mutarabbi berkahwin dengan sebuah asas keyakinan bahawa kedua-duanya telah dibina dalam sistem usrah. Ia perlu lebih dari itu. Hatta, walaupun mutarabbi tersebut seorang naqib yang sangat hebat dalam “membina” individu, namun sudah bersediakah pula dia “membina” keluarga?

Begitu juga dengan mujtama’ muslim. Impian kepada sebuah masyarakat yang mengamalkan ciri dan nilai Islam tidak akan tertegak dengan hanya “membina” individu muslim tanpa direncanakan juga dengan “membina” masyarakat muslim. Pendek kata, “membina” masyarakat memerlukan kepada suatu kefahaman dan perancangan yang berbeza dan melebihi dari merancang untuk membina sebuah usrah.

Ustaziatul Alam sudah tentu lebih rumit. Terdapat banyak kaedah-kaedah “membina” Ustaziatul Alam yang berbeza dari kaedah-kaedah “membina” individu muslim, mahupun “membina” baitul muslim. Mungkin ada yang perlu bekerja dengan cara yang lain dari kebiasaan, mungkin ada yang perlu bergerak sendiri dan sebagainya.

Aqliatul Bina’ kita hari ini sekadar pada “individu muslim”. Sedangkan ia perlu juga pada kesemua tujuh maratib amal. Mudah kata, pakai kaca mata “Aqliatul Bina'”, baru tengok Maratib Amal. Sudah tentu, bila Aqliatul Bina’ telah terbentuk, kita faham bahawa selepas ini ada perencanaan bagaimana mahu “membina sebuah masyarakat dan tamadun” dengan komponen-komponen politik, ekonomi dan sosial. Ia bukan sekadar melambakkan individu muslim yang telah terbina.

Dan, dari pemikiran Aqliatul Bina’, lahirlah sikap nahnu du’at wa lasna qudhot (kita pendakwah, dan bukan penghukum) yang benar.

Maaf kalau ini sukar untuk difahamkan. Kerana, ia sebuah lontaran ringkas hari ini, untuk masa hadapan. Paling tidak, azamkan dahulu

Wallahualam.

2 thoughts on “Aqliatul Bina’

  1. Benar Mar… Once mutarabbi dah kawin dengan Akhawat, murabbi mula rasa selamat.. “Dia sudah berfikrah…biar je lah…”
    Tp terlupa bhw itu baru satu stage, ada byk lagi mutarabbi perlu faham terutama dalam bab pembinaan berterusan.

    Tp nk wt cne…Murobbi tak kawin2 lagi…

  2. salam mar..

    insight yg menarik.. cuba lookup ttg tajuk “mahawir dakwah”..pasti lebih mencerahkan..

    org lain guna terminologi dan nama lain utk konsep tu..

    dlm konsep itu, kita akan lihat
    1) semua skop/tahapan sblm adalah persediaan utk skop/tahapan seterusnya
    2) apabila skop/tahapan fokus amal kita berubah, skop/tahapan yg sblmnya pun akan berubah utk memastikan kita melaksanakan kedua2 skop/tahapan tanpa meninggalkan salah satu

    salam perjuangan
    ar

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s