Ketika itu

puak Khawarij melaungkan “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”.

Saidina ‘Ali menjawab mudah, tapi dengan membawa maksud yang sangat dalam, “Satu slogan yang benar tetapi dengan tujuan yang batil”

Ketika ini pula,

ujian demi ujian dari Allah perlu saya tempuhi. Ujian ini ada yang bersifat peribadi, ada yang bersifat kolektif. Benarlah, perjuangan ialah perlaksanaan kata-kata.

Ia seperti menarik rambut di dalam tepung. Saya orang muda, sedangkan hamassatu as-syabab wa hikmatu as-syuyukh (semangat orang muda, dan hikmah orang lama). Saya; perlu ada keduanya. Apatah lagi ketika berhadapan dengan ujian yang bersifat kolektif, kerana ia melibatkan orang lain.

Saya jadi semakin banyak membaca, dan banyak mendengar, dan banyak bertanya. Ayaat al-Quran, seerah nabawiyah, para du’at, ahli politik, ragam manusia dan juga fe’el du’at hari ini, saya jadikan bekalan. Tentunya, pemahaman terhadap usul 16 (substance over form) saya perlu dalamkan. Kerana, saya berhadapan dengan golongan-golongan yang dilihat benar. Untuk memahami tujuannya batil atau tidak, perlu disingkapi kebijaksanaan Saidina ‘Ali.

Saya perlu mampu bezakan antara benar dan batil. Saya perlu bijak meneliti antara slogan dan intinya. Beginilah pelajarannya dalam menganalisa sesuatu.

Kaedah saya :

1) Kategorikan antara fakta dan persepsi

2) Bagi fakta, bahagikan kepada dua – relevan dengan isu dan tidak relevan dengan isu

3) Bagi fakta yang relevan, hubungkaitkan dengan metod – 1) Cause and Effect. 2) Root and Symptom

4) Melakukan pernyataan masalah.

Sifirnya : Ia tidak mudah, tetapi ia perlu bermula. Dan pasti, Taqwa adalah sebaik bekalan. Barangkali, Umar dan Ubai bin Kaab ada jawapannya…

Mahu doakan saya?

2 thoughts on “Ketika itu

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s