Niche

Dakwah mengajarkan kita bahawa inna al-akh as-sodiq la budda an yakuna murabbian. Sesungguhnya seorang al-akh yang benar tidak dapat tidak perlu menjadi seorang Murabbi. Oleh itu, tarbiyah merupakan nukleus bagi dakwah. Kerana, segala-galanya bermula dengan tarbiyah, walaupun tarbiyah bukan segala-galanya.

Fungsi tarbiyah ialah membina potensi, bukan eksploitasi potensi. Bagi kita yang sudah meyakini jalan dakwah ini, perlu faham satu perkara – dakwah ini perlukan potensi@logam kita!

Selain daripada menjadi murabbi, setiap dari kita ada potensi@logam yang unik dari orang lain. Ia perlu dibina supaya gerakan dakwah dapat berkembang dengan baik. Persediaanya bermula hari ini, namun prinsipnya : tadarruj (bertahap).

Bagi yang mahir kamera, perlu bina teknik-teknik menangkap kamera yang kreatif dan pelbagai. Melayari laman web pakar kamera juga dapat membantu. Buka ufuk pengetahuan mengenai kamera dari DSLR hinggalah kamera lomo. Barangkali, suatu hari nanti dana dapat dijana melalui kepakaran kamera, dengan penubuhan syarikat-tangkap-gambar-waktu-kenduri-kahwin-waktu-summer.

Bagi kawasan yang mempunyai beberapa orang yang sedap menyanyi, mungkin sudah boleh mula duduk sekali menyanyi bersama. Dari situ, masing-masing perlu mempunyai label. Mungkin dari segi jenis suara, jenis instrument dan sebagainya.

Ada juga yang mampu menguasai manhaj tarbiyah dengan mudah. Mereka ini perlulah diwujudkan sebagai satu team yang mampu on the spot turun padang mentarbiyah kepada semua lapisan mad’u. Manhaj ada 4 komponen : objektif, silibus, uslub, penilaian. Tetapi, perlu diingat bahawa setiap dari kita perlu kuasai manhaj tarbiyah. Ini hanya team khas, yang membantu dalam research dan development.

Terdapat juga yang mahir memasak. Ini sangat membantu ketika aktiviti-aktiviti dijalankan, lebih-lebih lagi di luar negara kerana semua kempunan! Mungkin lebih baik kalau dapat digilap masakan-masakan yang dirindui, contohnya roti canai, nasi lemak, sambal belacan dan sebagainya. Jangan pula setiap kali lauk kari, nanti mad’u naik bosan. Selain itu, peluang berada di luar negara perlu direbut supaya mahir juga masakan-masakan seperti chicken chop, chicken divine dan sebagainya. Spaghetti semua orang boleh, okay.

Ada yang mampu menghafaz dengan baik. Barangkali, team al-Hafiz al-Quran boleh dibentuk. Ketika zaman Rasulullah saw pun ada team ini, bukan?

Ini contoh sahaja. Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah supaya boleh terus kita praktikkan :

1) Tajdid niat dan visualise kan masa hadapan.

2) Trace dan tulis niche kita yang boleh digunakan untuk dakwah.

3) Tekad untuk menjadikan perkara itu sebagai niche bagi dakwah.

4) Rancang matlamat, langkah-langkah dan jangka masa untuk membina sendiri (tarbiyah dzatiyah) niche tersebut.

5) Hubungkan niche tersebut dengan dakwah.

Selamat membina syakhsiah islamiah al-mutawazinah (peribadi islam yang seimbang). Fa iza azamta fa tawakkal ‘ala allah!

Apa niche saya?

One thought on “Niche

  1. Like the method…everyone have specialities…by dakwah linkage…we get stronger…Malaysia said: bersekutu bertambah mutu

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s