Iman & Motivasi : Belajar

Alhamdulillah, banyak yang saya belajar. Minggu lalu, saya berborak dengan para qudama (senior) sebagai bekalan hikmah untuk saya bertatih di jalan dakwah dan tarbiyah ini.

1) Ikhlas

Saya menangis sepanjang diajar perihal jalan menuju matlamat. Victory is a mere gift from Allah. A gift. Dan, saya tertanya, “hadiah adalah untuk orang yang disayangi, namun kemenangan belum lagi datang. adakah allah tidak sayang saya?” Di sinilah nilai sebuah keikhlasan menjadi perkara yang membezakan kita dengan orang lain. Sebab, orang yang ikhlas jarang-jarang merasakan dirinya ikhlas. Astaghfirullah, jauhnya dari Allah….hanya air mata yang mampu saya titiskan. Yang paling saya bersyukur, syeikh itu mendoakan saya secara personal dengan doa “may you be a good leader” saat bersalaman untuk berpisah. Jazakallahu kheyr.

2) Taat

Ketaatan merupakan suatu aspek yang terbina atas nilai ukhuwwah dan tsiqah. Ukhuwwah itu bila kita mampu rendahkan hati kita dengan manusia lain. Tsiqah itu bila kita meletakkan kepercayaan kepada orang lain biar apa pun kelemahan mereka. Juga, tsiqah kita ialah tsiqah al-mutabadilah (saling mempercayai). Hasilnya, taat. Ini dibina. Dan, mustahil ia mampu kita bina dalam diri mutarabbi jikalau kita sendiri belum melalui proses itu.

3) Tawadhu’

Minggu lalu, saya belajar bahawa ketiadaan sifat tawadhu’ berpunca dari dogmatic mind. Dogmatic mind itu bila sisi pandang dan pegangan kita sahaja yang betul. Juga, saya lihat betapa qudama ini begitu tawadhu’ dengan orang muda, tapi tidak sebaliknya. Berbeza sungguh akhlak orang yang 20-30 tahun ditarbiah dengan orang yang 2-3 tahun ditarbiah, seperti saya ini.

4) Jamaah

Saya jadi semakin yakin. Orang yang akan kekal istiqomah dalam jalan dakwah ialah orang yang bersama dengan jamaah. Saya mahu jadi al-munasiqun (orang yang mampu disusun). Prinsipnya, yadullaha ‘ala al-jamaah. Lalu, saya perlu bina diri untuk beri pendapat, juga buang pendapat peribadi bila berbeza dengan keputusan syura yang diputuskan.

Banyak lagi. Cuma, sekarang ini saya perlu menyelesaikan suatu urusan yang tiada lain dapat menolongnya kecuali Allah, hingga mungkin orang tua telahpun meninggal, orang muda telah dewasa, orang ajam sudah mahir berbahasa arab. Saya akan mulakan dengan iman dan kasih sayang, inshaAllah.

Mahu bersama saya?

Allahu musta’an!

4 thoughts on “Iman & Motivasi : Belajar

  1. @perantau_kamal : inshaAllah, tapi ana mahu bina ikhlas dalam diri dulu ya? :)

    @wedang bandrek : salam kenal! =) dari indonesia ya?

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s