Tarbiyah

Meningkat dewasa, saya memahami bahawa tarbiyah itu tunjang dakwah. Dahulu saya boleh menerima bila sesuatu dakwah itu tidak disertakan tarbiyah, kini saya jadi pelik melihat dakwah tanpa tarbiyah. Gusar sebenarnya melihat fenomena dakwah (di forum, ceramah, BADAR, blog dan facebook) tanpa tarbiyah kerana ia tidak terpandu, tidak bermatlamat jauh, dan tidak memberikan hasil yang cepat dan tepat.

Teman-teman, matlamat, keikhlasan, pengorbanan, nasihat, peningkatan, kemanisan, ketenangan, dan sebuah kehidupan – semua itu saya peroleh dari tarbiyah.

Dalam tarbiyah, pemikiran kita tidak boleh sekadar mahu orang menyertai sistem usrah. Itu langkah pertama. Yang lebih penting selepas itu ialah bagaimana mahu meningkatkan para mutarabbi. Sudah tiba masanya kita berubah dari sekadar mengajar kepada mengasaskan sesuatu, dari sekadar memberi kesedaran kepada membina.

Tarbiyah bagi saya ialah sebuah pengembangan. Pengembangan iman, hati, perasaan, pemikiran dan amal. Ia bukan sekadar hadir usrah dan daurah. Kata kuncinya : Jangan setakat datang.

Contoh pengembangan ialah :

1) Dari merasai adanya randomly process dan kebetulan kepada merasai bahawa segalanya dalam kuasa Allah.

2) Dari pemandu kereta yang cepat marah kepada seorang pemandu kereta yang sabar dan berhemah.

3) Dari yang suka duduk bersendirian di bilik kepada usrah sebagai hobi.

4) Dari serabut kepada punyai susunan jadual hidup harian.

5) Dari sekadar ingin qiam dan berjamaah kepada merasa bersalah bila tidak menunaikan qiam dan solat berjamaah di masjid.

6) Dari sekadar menulis di blog dan facebook kepada membina downline para da’ie (pendakwah).

7) Dari merasa tidak bersalah melihat aurat kepada membenci untuk melihat aurat.

8) Dari sekadar menjadi mutarabbi (yang ditarbiyah) kepada turut menjadi murabbi (yang mentarbiyah).

9) Dari tidak biasa sms dan telefon jantina yang sama kepada membiasakan diri akan perkara tersebut.

Sebahagian teman-teman ada yang tidak sabar-sabar mahu menang lalu bersikap layu untuk ke program tarbiyah. Alhamdulillah atas keghairahan mahu menang itu. Nasihat saya, beri masa dan peluang untuk diri kamu ikuti jalan tarbiyah ini selama 3 atau 4 tahun, boleh ke?

Kerana, saya memahami tarbiyah itu tunjang dakwah, hanya bila saya semakin dewasa.

Dalil Tarbiyah dalam al Quran :

1) Ada 4 tempat.

2) Tadabbur 2 : 124-134. Keyword : kepimpinan, imtimroriyah (penerusan), tarbiyah, doa, amal vs propaganda, perbandingan 2 : 129 dan 2 : 151.

3) Tadabbur 2 : 151-157. Keyword : tentatif, kesan, tabiat, objektif, cabaran, sikap, ganjaran.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s