Apa & Bagaimana

Di dalam syura, kemampuan menganalisa Apa dan Bagaimana sangat penting bagi gerakan Dakwah supaya berlaku at Tarqiah (peningkatan) dan at Tausi’ah (perluasan) dengan seimbang dan berkembang.

Saya sering menasihati diri dan teman-teman untuk mulai kefahaman dengan ilmu, bukan dengan isu. Bila mula dengan ilmu, diri memandu emosi. Bila mula dengan isu, emosi memandu diri. Hasilnya, kita keliru bila cuba menghuraikan sesuatu perkara, kerana gagal mengkategorikannya kepada Apa dan Bagaimana.

Beberapa konsep yang perlu difahami berkisar Apa dan Bagaimana :

1) Apa bersifat objektif, Bagaimana bersifat subjektif

2) Pendirian Apa perlu firm, pendirian Bagaimana perlu fleksibel

3) Hujah Apa sering dipandu text, hujah Bagaimana perlu disertakan sekali context

4) Apa banyak melibatkan ilmu, Bagaimana banyak melibatkan hikmah

5) Apa adalah prinsip, Bagaimana adalah strategi.

Saya bagi contoh untuk latih diri tentang Apa dan Bagaimana.

Isu : Rahim dan Khairil mahu ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta.

Apa : Rahim dan Khairil mahu ke Kuala Lumpur.

Bagaimana : Menaiki kereta.

Contoh ini mudah, siapa-siapa pon boleh. Contoh lagi, yang susah sedikit.

Isu : Penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian dalam bible versi Melayu di Malaysia.

Apa : Secara prinsip asal, apakah ia dibenarkan atau tidak?

Bagaimana : Secara operasional, apakah ia perlu dibenarkan atau tidak?

Bila saya meneliti artikel, video, dan forum isu nama Allah, dalil dan hujah yang diberikan bercampur aduk antara Apa dan Bagaimana. Oleh kerana mahu mempertahankan pendirian, hujah Bagaimana sering diletakkan sebagai hujah Apa.

Contoh lain yang lebih penting,

Isu : Kita buat dakwah kerana Rasulullah saw diutuskan untuk berdakwah.

Apa : Kita perlu berdakwah untuk mencontohi Rasulullah.

Bagaimana : Dakwah kita perlu mencontohi Rasulullah.

Sering diabaikan persoalan Bagaimana dalam isu Dakwah. Seruan banyak supaya kita turut berdakwah, tetapi kurang didikan untuk berdakwah seperti Dakwah Rasulullah. Sunnah itu bukan hanya pada Apa, tetapi juga pada Bagaimana. Maksudnya, yang sunnah bukan hanya kita perlu berdakwah, tetapi juga kita perlu pastikan ia menepati Dakwah Rasulullah. Buku yang saya cadangkan, Manhaj Haraki Jilid 1 dan 2 oleh Syaikh Munir Muhammad al-Ghadban.

Jadi, langkah seterusnya bagi yang sudah sedar keperluan Dakwah, didik diri pula Bagaimana Dakwah Rasulullah. Ia mudah sahaja sebenarnya.

Ya Allah Ya ‘Alim, kurniakan al-fahmu kepadaku.

One thought on “Apa & Bagaimana

  1. Assalamualaikum..

    welcome back, kedai mamak! moga jerih payah utk bermula kembali dibalas-Nya!

    hmm.. setelah menghabis-bacakan entri2 blog mamak yg bru ni n berpikir2 ttg satu premis pemikiran:

    SEHARUSNYA:
    apa : kita mengejar redha Allah
    bagaimana : melaksanakan da’wah

    allahualam..

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s