Iman & Motivasi : Jangan berpatah balik

Bermula semula bukanlah suatu yang mudah. Saya merasai ini ketika mahu menghidupkan kembali Kedai Mamak. Kata kuncinya : tidak tahu mana nak mula. Benar, seperti perasaan yang dikongsi teman-teman lain, yang susah bila menulis ialah waktu nak mula . Bila dah mula, idea pula mencurah-curah.

Saya menatapi Seerah Nabawiyah sebagai suatu nikmat yang besar. Melihat peribadi-peribadi unik, mereka malah mampu hidup bersama sebagai suatu Jamaah dan generasi al Quran yang unik. Ini bertentangan dengan Real Madrid syndrome. Digelar Galacticos kerana mengumpulkan pemain-pemain bintang, tetapi lemah sebagai suatu pasukan.

Dalam melayari perjalanan hidup sosok-sosok tersebut, saya dapati terdapat beberapa checkpoint dalam hidup mereka, sebagai individu mahupun Jamaah, yang buat mereka lebih maju selepas itu. Sebagai contoh mudah, saya abadikannya di sini :

Individu :

1) Abu Dzar terus sahaja mengisytiharkan pengislaman beliau di tengah-tengah kota Makkah, saat baru merasai kemanisan Syahadatain. Kesannya, beliau dibelasah oleh masyarakat hingga lemah longlai. Selepas itu, penduduk kota al-Ghifari telah diislamkan oleh Abu Dzar. Perlu saya ingatkan bahawa penduduk al-Ghifari merupakan para penyamun.

2) Abu Bakr dan Hanzalah menangis apabila mengenang sifat-sifat mereka yang seolah-olah baik saat bersama Rasulullah, tetapi sebaliknya ketika ketiadaan Baginda. Hingga, mereka benar-benar merasai diri termasuk dari al-Munafiqun.

Jamaah :

1) Hijrah merupakan suatu yang payah. Muhajirin perlu menyesuaikan diri dengan demografi dan budaya hidup orang-orang Madinah. Contohnya, wanita-wanita Madinah lebih terkehadapan dan lebih ekspresikan diri mereka, tidak seperti wanita Makkah yang lazimnya duduk di dalam rumah sahaja. Economic activity juga perlu segera diperkasakan supaya tidak berlaku structural unemployment kerana Makkah merupakan pusat perdagangan, manakalah Madinah adalah pusat pertanian. Skill pertanian perlu digilap.

2) Fathu al Makkah merupakan suatu syarat sebelum manusia memeluk Islam secara berbondong-bondong. Bagi yang belajar ekonomi, business, psychology ataupun keorganisasian akan faham bahawa berkembang secara drastik perlu juga dinilai dari sisi kesan buruknya. Kehebatan Rasulullah dan Qiadah (kepimpinan) menguruskan masyarakat saat itu saya sangat kagumi.

Checkpoint-checkpoint di atas merupakan titik-titik bermula. Ia perlu dilihat sebagai suatu motivasi untuk terus maju. Hati saya sangat terkesan melihat dan hidup bersama teman-teman di oversea yang mendapat Makna hidup baru. Ia adalah bermula semula. Nikmat ini perlu ditanggapi sama seperti baru memeluk agama Islam. Abu Dzar, Abu Bakr dan Hanzalah, Hijrah serta Fathu al Makkah telah tunjukkan ini. Prinsipnya, jangan berpatah balik. Oleh itu, mengambil sunnah Musa as, kita perlu sering berdoa.

Wahai Pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku di atas cara hidupMu

“Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala dinika”

4 thoughts on “Iman & Motivasi : Jangan berpatah balik

  1. “Hati saya sangat terkesan melihat dan hidup bersama teman-teman di oversea yang mendapat Makna hidup baru. Ia adalah bermula semula. Nikmat ini perlu ditanggapi sama seperti baru memeluk agama Islam. ”

    saudara ammar. ana mengalaminya. baru terasa manis mengucapkan syahadah apabila kita mencari. Islamku kerana mencari. bukannya sekadar di atas kad pengenalan.

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s