Hidup

perlu ada makna.

‘Dilantik Rasulullah umur 40 tahun’. Sebenarnya, persoalan ini sering saya fikir sejak dahulu. Sedangkan sebelum 40 tahun pun, nilai moral dan akhlak Baginda memang mulia. Baginda telah dapat tsiqah (kepercayaan) dari masyarakat sekeliling. Tetapi, mengapa umur 40 yang jadi pilihan Tuhan? Bukan mudah perjalanan saya untuk fahami persoalan ini.

Saya cuba selami perasaan Rasulullah saat-saat umur Baginda 40 tahun. Rasulullah berada dalam keadaan yang sangat sedih dan buntu, lalu kadang kala pergi beribadah di Gua Hira’. Baginda melihat masyarakat Makkah mahir berniaga, tetapi dengan penipuan. Makkah menjadi pusat haji, tetapi penduduknya sendiri maju dengan korupsi. Perasaan ini saya benar-benar kongsi dengan Rasulullah. Suatu perasaan ketika saya benar-benar mahukan sesuatu, tetapi seringkali temui titik buntu. Saat itu, hanya kepada Tuhan saya dan Rasulullah berharap. Tetapi, kami tidak mahu beribadah sahaja.

Apabila fikiran Rasulullah mahu perbaiki masyarakat berubah menjadi suatu perasaan, Allah hantar Jibril. Saya belajar satu pelajaran penting. Makna hidup Rasulullah difahami dengan perasaan, bukan hanya pemikiran. Juga, Allah hantar Jibril untuk berikan makna Dakwah dalam hidup Rasulullah. Benar, hidup perlu ada Makna.

“Wahai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu…” (8:24)

Dan, Makna hidup adalah pada Dakwah. Bismillah.

8 thoughts on “Hidup

  1. salam!

    xde nk komen ape…just nk jd org terawal komen blog ko yg dh kembali active…haha…congratz bro..semoga entry2 akan dtg membawa manfaat..amin..~

    p/s : nway, interesting entry..;)

  2. Wsalam =) tq

    Doakan semoga aku istiqomah..huhu..mahu bantu diri dan bantu rakan-rakan utk dakwah ini.

    p/s : bila ko nak update blog ko? =P

  3. Ammar,

    The very meaning of existence has been pondered by us mortals centuries ago. That is why we have heard of Plato and Aristotle, Moralists and Epicureans,communists and spiritualists, and even almost all of the ‘complete’ philosophies: religions have elaborated on the very meaning of existence themselves: spiritual-wise.

    all the best, saudara~

  4. emm…nape 40? like ‘org putih’ said, life begin at 40..:) ada betulnya sebenarnya. pendapat saya, Allah nak tunjukkan pada kita yg Rasul kita berpengalaman orgnya. secara psikologinya, m’sia mudah menerima seseorg yg baginya sudah menempuh byk pengalaman. baru mudah mereka menerima. lihat perjuang baginda. IQ, EQ dan SQ digabungkan serentak. kognitif, afektif n psikomotor digabungkan. complete without any doubt….:)

    p/s: tahniah di atas pembukaan kembali ‘kedai mamak’..harap saya dpt rasa ‘milo ais’ yg best di sini…:)

  5. Hurm….aku tfikir kan…knapa umur 40,
    Yang sebetulnya; umur 0-40 untuk kita bfikir dan menyelami masyarakat, disamping membina perasaan ingin mengubah.
    Yang tak betulnya; dari umur 0-40 kita hidup dalam msykt hingga menyebabkan kita lali dengan cara hidup korupt dan perasaan mahu mengubah itu hilang.
    Kesimpulannya; bukan umur jadi persoalan, tapi adakah semangat kita sudah cukup kukuh binaannya? Atau suatu hari nanti akan terkubur mcm tu aja?

    nice thought, i can see young aristotle in you…. hehe =P

My Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s