Tetap Berubah
Saya semakin yakin bahawa kegagalan kita maju berpunca kerana kita tidak bermula dengan memahami tsawabit dan mutaghayyirat.
Yang Tetap dan Yang Berubah.
Kerana, untuk tumbuh maju mengikut kaedah Islami – dalam apa bidang dan perkara pun – ia perlu ibarat pohon yang baik.
Akarnya (Usulnya) mantap, Rantingnya (Furu’nya) menjulang.