Perguna Barat
Gaddafi memang dikenali sebagai orang yang kuat menentang Barat.
Tetapi, menurut Dr Hafidzi, Muammar Gaddafi pernah mengemukakan beberapa kenyataan pada 2003 untuk menyelamatkan diri. Antaranya ialah,
1) Kami (Libya) akan memberhentikan program senjata nuklear. [walaupun sebenarnya, program senjata nuklear tidak dijalankan pun]
2) Kami akan bunuh Osama bin Laden.
3) Kami mengaku sepenuhnya atas kemalangan Lockerbie Bombing.
Jadi, tidak semua yang kuat menentang Barat itu memang menentang Barat dan benar. Sama juga, tidak semua yang kononnya perjuangkan Palestin itu benar.
Sifir benar atau salah bukan sama ada menentang Barat atau tidak. Tetapi, begitulah kebanyakan dari cara fikir kita. Tambah perisa, kita kata Gaddafi dan pemimpin lain itu baik dan benar hanya kerana banyak beri benda percuma kepada rakyat, sedangkan banyak lagi yang mereka ambil percuma dari rakyat.