Tunggu Sekejap
Tunggu sekejap oh bunga,
Mendung ini akan pergi,
Suram ini takkan abadi,
Musim sejuk kan hanya sebentar..
Tunggu sekejap oh bunga,
Kau pasti akan mekar,
Tika menjelangnya musim bunga,
Musim kau, dan musim kita..
Tunggu sekejap oh bunga,
Telah ku kirimkan awan,
Bawa angin pujuk,
Agar kau dapat bertahan, dan terus bertahan..
Tunggu sekejap oh bunga,
Tidur lah kalau kau mahu,
Menangis lah kalau itu yang perlu,
Agar esok, terus bersinar mentari itu..
Tunggu sekejap oh bunga,
Cuba dengar kicauan burung,
Itu kan nyanyian ku buat mu,
Rentak jiwa, irama rindu..
Tunggu sekejap oh bunga,
Tuhan telah khabarkan pada ku,
Bahwa selepas ini, ada kesenangan,
Selepas ini, ada kesenangan..
Tunggu sekejap oh bunga,
Pada mu ada keindahan,
Pada mu ada kecantikan,
Yang mengindahi sekalian alam,
Yang membersihkan hati-hati manusia..
Sungguh, mereka perlukan mu..
Tunggu sekejap oh bunga,
Mekar dan tersenyumlah bagai mentari pagi,
Agar dunia tidak rugi,
Agar manusia tidak menangis,
Saat di Sana..
Sungguh, mereka perlukan mu..
Tunggu sekejap oh bunga,
Aku tahu hidup di sana tidak mudah,
Tapi Tuhan juga telah beritahu aku,
Beban tidak akan melampaui kemampuan kita,
Bila kita jadi Hamba..
Tunggu sekejap oh bunga,
Berbanding di Sana, hidup ini kan hanya sementara,
Sesaat sahaja bak pejam mata,
Kita pernah kuat, dan akan terus kuat..
Tunggu sekejap oh bunga,
Pejam sebentar mata mu,
Rasa sebentar hati mu,
Ada Tuhan di sana, yang senantiasa melihat,
Yang senantiasa menunggu kita,
di Syurga.
Oh Bunga ku,
Tunggu sekejap ye..
Sementara itu,
Sebarkanlah cinta..
uiii.. like! like! can I share it?
dont worry. I will credit to u. iA.
Like 100x
Moga bunga Ammar ni tinggi kesabarannya…
:D
harum mekar lagi berduri, masha-Allah! :)
subhanaALLAH…
a great and heart-felt one, masyaALLAH~